Bantu Pengajian Pelajar Tahfiz Hanya Dengan Tiga Langkah
“Hanya bermula dengan 3 ekar tanah wakaf, kini Maahad Tahfiz al Quran wal Qiraat ADDIN Cawangan Air Kuning (MTQ AIR KUNING) kini telah mempunyai 120 orang pelajar”.
LABUR SEKARANG, TUAI DI AKHIRAT
“Wahai orang-orang yang beriman! Infakkanlah sebagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari ketika tidak ada lagi jual beli, tidak ada lagi persahabatan dan tidak ada lagi syafaat. Orang-orang kafir itulah orang yang zalim.”
(Al-Baqarah: 254)
REBUT PELUANG BERSEDEKAH DENGAN MTQ AIR KUNING SEKARANG !
MTQ Air Kuning merupakan institusi pendidikan Islam swasta yang berteras kebajikan. Maahad Tahfiz al Quran wal Qiraat ADDIN Air Kuning merupakan salah sebuah cawangan MTQ ADDIN yang bernaung di bawah Yayasan Pendidikan Tahfiz al Quran wal Qiraat ADDIN (Yayasan ADDIN) Perak yang bernombor pendaftaran JAIPK/TAHFIZ/BP.60/18.
HASIL INFAQ ORANG RAMAI
MTQ Air Kuning telah beroperasi sejak 2015 hasil daripada infaq para dermawan sekalian. Alhamdulillah, sepanjang hampir enam tahun ini, terdapat banyak kemudahan yang telah dibangunkan iaitu:
✅ BANGUNAN PEJABAT
✅ ASRAMA LELAKI 2 TINGKAT DAN KANTIN
✅ SURAU SEDERHANA
✅ KUARTERS GURU
Alhamdulillah ! Terima kasih para dermawan sekalian.
KEPERLUAN DANA SEKARANG
Dengan berkat bantuan tuan puan yang dirahmati Allah, kini MTQ Air Kuning hanya memerlukan RM 1,800,000.00 (Juta) sahaja lagi untuk meneruskan pembangunan untuk menjamin keselesaan buat anak-anak pelajar.
Kutipan dana tersebut akan disalurkan untuk membangunkan infrastruktur berikut:
▶️ 4 Bilik
▶️ 2 Bilik Air
▶️ 1 Dapur
Asrama Pelajar Perempuan Tingkatan 6
[Anggaran Kos: RM 350,000.00]
▶️ 4 Bilik
▶️ 2 Bilik Air
▶️ 1 Dapur
Apartment Rumah Guru
Anggaran Kos : RM 500,000.00 (Bagi 4 Pintu) ▶️3 Bilik ▶️ 1 Bilik Mandi ▶️ 1 Ruang Tamu ▶️ 1 Bilik Mandi
▶️1,000 Kaki Persegi
Dewan Serbaguna Tertutup
[Anggaran kos : RM 550,000.00] Anggaran muatan bagi 300 orang
Kos Operasi Maahad (Sebulan); RM 50,000.00
TARAF PENDIDIKAN MTQ AIR KUNING
MTQ Air Kuning mendepankan bidang hafazan al Quran (TAHFIZ) sebagai pengajian teras. Namun begitu, pendidikan mata pelajaran agama (KBD) dan akademik (KSSM) juga tidak menjadi nombor dua kepada mereka.
MENGAPA MENYUMBANG DENGAN KAMI?
Alhamdulillah, penubuhan MTQ Air Kuning dapat membantu ramai pelajar untuk mempelajari ilmu Al-Quran dan ilmu akademik sekaligus. Namun, peruntukkan dari segi pembangunan maahad yang tidak mencukupi untuk membina fasiliti yang baik dan selesa buat para pelajar.
Bantuan ini diperlukan kerana :
✔ Ingin mendapatkan keberkesanan PDP yang tinggi serta memberikan keselesaan kepada para pelajar.
✔ Tiada penempatan khusus bagi pelajar Tingkatan 6 (STAM). Buat masa sekarang Pelajar Tingkatan 6 (STAM) disewakan rumah bagi penempatan mereka.
✔ Perbelanjaan yang tinggi bagi kos operasi maahad setiap bulan.
Jika kempen ini gagal dilaksanakan, MTQ Air Kuning akan sedikit sukar untuk berkembang dengan baik khususnya dari segi pembangunan maahad. Ini akan memberi kesan kepada anak-anak tahfiz ini.
Langkah Pertama:
Alhamdulillah, kami telah sediakan beberapa pakej untuk menjadi pilihan tuan puan. Tuan puan boleh memilih pakej yang berkenan.
Pakej Naim : RM 300
Pakej ‘Adn : RM 120
Pakej Firdaus : RM 30
*Sumbangan adalah tidak terhad. Pakej-pakej ini hanya dijadikan sebagai rujukan.
Langkah Kedua:
Taip butiran peribadi pada ruangan yang disediakan.
Langkah Ketiga:
Pilih perbankan atas talian yang ingin digunakan dan lakukan transaksi.
Selesai.
Untuk sumbangan secara manual / Bank Transfer / CDM, boleh bank n ke akaun di bawah.
MAYBANK
NAMA: MAAHAD TAHFIZ AIR KUNING
NO AKAUN: 558127514771
*Tolong sertakan rujukan “DERMA” untuk rujukan pihak kami.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada para dermawan sekalian. Semoga usaha ini dapat membantu pendidikan anak-anak tahfiz ini dan menjadi saham pelaburan akhirat kita semua, Allahumma ameen.
Nota Tambahan :
1. Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: Pengurus MTAQ ADDIN Air Kuning (+60135855682).
4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos pengurusan dan operasi.